WEEK 6: 26 March 2014
Pada minggu ke-6, Dr Jamal telah mengadakan Kuiz 1. Sebelum kuiz diadakan Dr Jamal telah mengadakan undi topik yang mana pelajar nak pilih:
|
Setelah kuiz tamat, Dr Jamal meneruskan kuliah yang bertajuk Grafik.
Pada dasarnya, grafik komputer terbahagi kepada dua kategori - grafik vektor and imej bitmap.
Sesetengah format fail hanya dapat menampung imej bitmap, manakala sesetengah format fail yang lain hanya menampung grafik vektor. Sebagai contoh, imej bitmap yang diimport ke dalam Adobe Illustrator tidak boleh disunting. Imej tersebut hendaklah disunting di dalam perisian seperti Adobe Photoshop.
Apa itu grafik vektor?
Grafik vektor terbina daripada garisan-garisan yang mengikut istilah matematik - vektor. Vektor menggambarkan grafik mengikut rupabentuk geometri grafik tersebut. Sebagai contoh, sebiji tayar basikal di dalam format grafik vektor terbina daripada definisi matematik di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu, dan terisi dengan warna tertentu. Grafik tersebut boleh dialih lokasinya, diubah saiznya, atau ditukar warnanya tanpa kehilangan kualiti grafik.
Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi - grafik boleh diubah saiznya dan juga dicetak di atas mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti grafik tersebut. Kesimpulannya, grafik vektor adalah paling sesuai untuk teks (terutamanya teks yang kecil) dan grafik yang tebal (bold) di mana apabila diubah saiznya garisan yang jelas mestilah tidak hilang kualitinya - sebagai contoh, logo.
Disebabkan monitor komputer memaparkan imej menggunakan grid, kedua-dua grafik vektor dan bitmap dipaparkan sebagai piksel.
Apa itu grafik bitmap?
Adobe Photoshop adalah contoh perisian yang menghasilkan grafik bitmap atau juga dikenali sebagai imej raster. Grafik bitmap dipaparkan menggunakan grid (juga dikenali sebagai bitmap atau raster) yang dibentuk daripada kumpulan segiempat kecil (piksel).Setiap piksel terletak di lokasi spesifik and mempunyai warna tertentu. Contohnya seperti grafik tayar basikal di dalam format bitmap terbina daripada kumpulan piksel yang banyak dan terletak di lokasi tertentu.
Penggunaan bitmap imej sebagai medium untuk imej seperti fotograf atau imej yang direka di dalam perisian grafik adalah biasa kerana ia dapat memaparkan tona warna (gradient) dengan baik. Imej bitmap bergantung kepada resolusi - imej bitmap memaparkan jumlah piksel yang tertentu. Imej bitmap akan kelihatan kabur jika diubah kepada saiz yang lebih besar di atas skrin atau dicetak untuk resolusi yang lebih tinggi daripada resolusi asal.

Penutup
Sebelum mengakhiri kelas, Dr Jamal mengucap selamat bercuti (30Mac–5April 2014). Naik cuti akan diajar oleh Dr. Shafie bin Rosli. Dr Jamal memberi peringatan agar tugasan dihantar sebelum/pada 19 April 2014. Refelksi tugasan 1 boleh lihat di pautan ini.