Tugasan 1 : Rekabentuk Media Kritik dan Cadangan
Dalam tugasan ini, saya ditugaskan sebagai pembangun multimedia kerana saya berkemahiran menggunakan perisian Adobe Illustrator yang dapat memberi sokongan teknikal dalam merekabentuk laman web utama. Saya yang menentukan penggunaan elemen multimedia seperti typografi, teks, grafik audio, dan warna dalam rekabentuk laman web. Manakala rakan-rakan memberi nasihat atau teguran akan reka bentuk yang dibuat. Sebagai seorang pembangun multimedia saya perlu mengenali target pengguna supaya elemen multimedia yang akan digunakan adalah bersesuaian dengan tema.
Selain itu, saya juga ditugaskan sebagai Ketua Kumpulan dalam tugasan ini. Ketua kumpulan sama seperti ketua projek dalam pengurusan multimedia projek. Sebagai ketua kumpulan saya perlu mengagihkan tugas dengan adil dan berkomunikasi dengan baik bersama ahli kumpulan. Saye perlu mengenali setiap kemahiran pada setiap individu dan saya perlu mengatur perjalanan projek (time frame) iaitu memastikan rekabentuk menepati perancangan yang ditetapkan dan dokumentasi siap pada waktu yang ditetapkan. Sebagai ketua kumpulan saya akan memastikan dokumentasi laporan mengikut kriteria yang dikehendaki oleh pensyarah.
Bagi merekabentuk laman web yang berkualiti bukan kerja seorang diri, perlu team work yang baik dan komunikasi yang berkesan antara ahli kumpulan. Merekabentuk perlu banyak kesabaran dan perlu menerima dengan hati terbuka kritikan yang dilemparkan untuk menambahbaik lagi rekabentuk laman web. Kritikan dan perbincangan bersama adalah bertujuan agar rekabentuk laman yang dihasilkan tidak "Masuk bakul angkat sendiri" atau bahasa pasarnya shock sendiri.
Dibawah adalah rekabentuk laman web yang telah saya buat.
Kumpulan kami yang terdiri dari saya, Rafidah Omar dan Mastura Muhammad mengambil keputusan untuk merekabentuk semula laman web SMK Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY) . Pautan laman web asal boleh lihat pada pautan ini http://jbsdary.blogspot.com/. Setelah berbincang, kami mendapati laman web tersebut mempunyai beberapa kelemahan dari segi Tema/Konsep, Typography, Penggunaan Warna, layout setting dan navigasi.
Berikut diterangkan lebih lanjut kelemahan laman web tersebut :
Kami mencadangkan untuk membuat beberapa penambaikan pada laman web tersebut agar ianya lebih mesra pelanggan. Antara cadangan penambabaikan:
Bagi memastikan rekabentuk laman web dibuat dengan betul dan tersusun. Mockup design direkabentuk untuk mendapatkan idea dalam merekabentuk laman hadapan sesawang. Kami telah melakar rekabentuk tersebut dengan tulisan tangan. Hasil perbincangan dengan rakan-rakan berjaya menghasilkan mockup design seperti di bawah :

- Tema/Konsep : Konsep yang digunakan untuk halaman utama adalah tidak jelas dan tidak kelihatan seperti tema sekolah
- Typografi : Kombinasi teks yang pelbagai membuatkan tulisan tidak menarik untuk dibaca seperti teks yang kejap besar dan kejap kecil.
- Penggunaan Warna : Warna yang digunakan agak kelam.
- Layout setting : Layout setting pada frame halaman perlu diskrol jauh ke bawah.
- Navigasi : Navigasi yang digunakan dalam laman web adalah tidak konsisten dan menyebabkan pengguna keliru.
Kami mencadangkan untuk membuat beberapa penambaikan pada laman web tersebut agar ianya lebih mesra pelanggan. Antara cadangan penambabaikan:
- Merekabentuk laman web yang simple dan tidak terlalu kompleks seperti pengunaan teks yang tidak banyak.
- Penggunaan warna, gambar, ikon agar ianya bersesuaian dengan tema sekolah.
- Memastikan kedudukan menu adalah seragam pada setiap laman
- Penggunaan grafik dikurangkan agar tidak terlalu berat dan lambat loading.
- Memastikan warna navigasi kelihatan. Sebagai contoh garisan warna biru pada teks untuk pautan.
- Kami akan menggunakan typografi yang standard seperti Verdana, Arial dan Bernard MT (Sans Serif) sebagai typografi dalam laman web. Ini kerana jika menggunakan jenis typografi yang pelik akan menyebabkan paparan tulisan kotak-kotak pada skrin pengguna.
Bagi memastikan rekabentuk laman web dibuat dengan betul dan tersusun. Mockup design direkabentuk untuk mendapatkan idea dalam merekabentuk laman hadapan sesawang. Kami telah melakar rekabentuk tersebut dengan tulisan tangan. Hasil perbincangan dengan rakan-rakan berjaya menghasilkan mockup design seperti di bawah :
Kami telah merekabentuk halaman laman web SDARY menggunakan perisian Adobe Illustrator CS3. Bagi mendapat keputusan bersama kami juga telah merekabentuk semula laman web tersebut sebanyak tiga kali. Ini bermakna kami telah tiga kali mengemaskini rekabentuk supaya rekabentuk tersebut mendapat persetujuan bersama ahli kumpulan.
Pada peringkat pertama kami merekabentuk sama seperti dalam mock up design. Warna biru pada menu bar dianggap bersesuaian kerana logo sekolah tersebut menggunakan kombinasi biru dan oren. Saiz resolusi skrin adalah 800 piksel x 600 piksel. Kami memilih resolusi skrin ini agar paparan output dipaparkan dengan sempurna jika dipaparkan ke dalam mana-mana skrin pengguna. Ini disokong oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), pemilihan resolusi ruang kerja yang terlalu kecil akan menyebabkan halaman tersebut dipaparkan terlalu kecil manakala pemilihan resolusi ruang kerja yang terlalu besar akan menyebabkan pengguna terpaksa scroll ke kiri dan ke kanan untuk membolehkannya mengakses keseluruhan laman tersebut. Dibawah adalah laman web yang direkabentuk pada peringkat pertama.

Rekabentuk peringkat kedua adalah rekabentuk penambabaikan dari rekabentuk peringkat pertama. Penambaikan diperlukan kerana ikon kurikulum, kokurikulum, guru/staf, peperiksaan, borang dan galeri tidak bersesuian. Ini kerana ikon yang disediakan tidak melambangkan ciri-ciri ikon. Ikon yang dihasilkan perlu diwakilkan dalam bentuk gambar 2D dan diikuti dengan perkataan untuk mewakili sesuatu konsep. Dibawah adalah penambaikan ikon-ikon tersebut.
Peringkat ketiga adalah penambahbaikan dari rekabentuk kedua. Ahli kumpulan telah menegur ikon seperti kotak dialog tidak bersesuaian untuk dijadikan ikon. Ini kerana ikon tidak melambangkan ciri-ciri ikon sebenar.Berikut adalah penambaikan rekabentuk.
Pada peringkat ketiga kami telah menambahbaik lagi laman ini dengan memasukkan ikon video untuk mengelakkan rasa bosan pada pengguna. Pada menu bar bawah, kami juga telah mengubah ikon emel ke bentuk yang bersegi agar ianya konsisten dengan ikon Twitter, Facebook dan Youtube.